Monday, February 14, 2011

kek coklat.....


Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 mi

marble cheesecake....

Bahan A:-
180 gm mentega
20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
170 gm gula kastor
3 biji telor

Cara Membuat:-
Griskan loyang 8 ince dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:-
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
 



 

Thursday, February 10, 2011

hidup ini akan mudah...kalau mimpi kita sama...

salam pagi khamis....
dah lama rasanya tak update blog ini...hidup ini akan mudahkan kalau mimpi kita semua sama...
kadangkala rasa nak tinggal je apa yg tengah dok buat, apa yg akan buat..tinggalkan semuanya dan pergi jauh jauh dari sini...meLARIkan diri...niat tinggal niat je la...bukan buatpun...