Saturday, December 11, 2010

rindu serindu rindunya....

Salam sabtu...

Ingin ku mulakan bicara ini dengan menyatakan aku rindu serindu rindunya pada segala kenangan-kenangan lalu..Mendengar lagu-lagu lama diputarkan aku jadi rindu pada Taiping bandar tempat kelahiranku.Kenangan indah sepanjang menetap disana mengamit-gamit memoriku.

Aku ingin pulang kesana,menetap disana,menghabiskan sisa-sisa hidupku disana...aku rinduuuuuuu

Friday, December 10, 2010

rela kupujuk....

Bicara semanis kurma malam tadi...
aduh... aku ingin dipujuk dibelai bila aku merajuk...tapi angan tinggal angan je la...ku harus terima seadanya walaupun hatiku meronta-ronta ingin dipujuk...

wanita ni memang dilahirkan dengan penuh emosi,bermacam-macam emosi...walau sekeras manapun hatinya kalau dipujuk cair juga....

Friday, December 3, 2010

Selamat hari lahir adib...


Selamat hari lahir adib...permata hatiku yg ke 3... yg unik yg aktif yg kreatif tapi masih tak boleh membaca...mama doakan adib akan berjaya mengharungi hidup ini dengan jayanya...
lahir pada 03/12/2002 pukul 03.03pm... beli kek n KFC..makan ramai2 kat rumah mak




















Dapur tempat mencuba bermacam2 resepi...



Thursday, December 2, 2010

Felda Keratong 1 Pahang..

Amir menaiki bas ke felda keratong pada 29112010 jam 9.00 mlm....



Perjalanan ke negeri Pahang darul makmur 04/12/2010 - 06/12/2010

Perjalanan ke Felda keratong 1 yg memenatkan memakan masa 10 jam...Bertolak dari jitra (04/12/2010/sabtu) pukul 3.00 ptg dan tiba di felda keratong 1 pukul 1.00 pagi (05/12/2010/ahad)
Berhenti rehat di tiga hentian rehat, hentian sg juru, hentian tapah & hentian seremban...exit toll senawang dan teruskan perjalanan melalui kuala pilah,jemapoh sehingga sampai ke felda keratong 1...





Pagi 05/12/2010/ahad selepas sarapan bertolak ke Felda Jengka 9, perjalanan memakan masa 3 jam...melalui Bera, Temerloh (pekan ikan patin), kuala krau (gunung senyum) seterusnya tiba di felda jengka 9...makan tengahari disitu..





Pukul 3.30 ptg bertolak ke Kuantan melalui highway timur barat...Singah beli akok panas2 kat Temerloh dan naik highway ke kuantan...perjalanan memakan masa 2 1/2 jam...Berhenti kat masjid Sultan Abu Bakar menanti kawan hubby jemput... makan kat tanjung sepat/Balok ( N & N tomyam seafood). Teruskan perjalanan ke Teluk Cempedak... rehat2 kat sana sambil shopping baju utk anak2, cenderahati utk mak,adik n kawan2... Berolak pulang ke Felda Keratong 1 pukul 9.30mlm...tiba di felda 12.30pagi, perjalanan memakan masa 3 jam..tidur keletihan...














Pagi 06/12/2010/isnin selepas sarapan hubby pi basuh kereta...bertolak balik pukul 11.00pagi...perjalanan memakan masa 9 jam...Berhenti di tiga hentian rehat, hentian rehat ulu bendul(N9),Sg Buluh(selangor)dan gunung semanggol(perak)... tiba di jitra 8.00 malam...
Perjalanan kali ni memang memenatkan kerana satu2 tempat yg nak pi memakan masa 3 jam..kiri kanan penuh dengan pokok getah dan kelapa sawit je...





Kek mentega pelangi...


Bahan:- (guna loyang bulat 8 in)
  • 250g mentega
  • 220g tpg kek *
  • 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu @ guna susu segar
    1 s/k esen vanila
    sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-Caranya :-
  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam @ bakar pd suhu 175C selama 50 minit