Thursday, December 2, 2010

Kek oren dengan krim keju....

Bahan-bahan Kek Oren:

Bahan A:

200 gm mentega-suhu bilik
1 sudu besar ovelette

Bahan B:
5 biji telur gred A- asingkan kuning dan putih
225 gm gula kastor
35 gm susu cair @ 1/4 cawan
1 sudu besar perisa oren @ gunakan sunquick limau mandarin

Bahan C:
250 gm tepung superfine- @225gm tepung kek + 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 susu teh baking powder

Cara membuatnya:

1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Pukul putih telur di dalam mangkuk berasingan hingga berbuih kental
3. Pukul kuning telur bersama gula hingga kembang. Cedokkan putih telur( yang kembang sahaja- sebab yang tertinggal tu adalah air yang selalu menyebabkan kek tak naik sempurna) dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Gaul rata. Masukkan adunan A dan pukul sebati menggunakan speed sederhana.
4. Akhir sekali campurkan pati oren, susu cair dan bahan C yang telah diayak bersama. Gaul rata. Masukkan adunan ke dalam loyang yang teah dilengserdan dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 160 -180 darjah Celcius hingga kek masak. (gunakan loyang bulat berukuran 24 sm.) Sejukkan sebelum disapu krim keju
Krim:

A) 250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
100 gm susu pekat
1 sudu teh perisa oren sunquick

Cara membuatnya: pukul semua bahan dengan kelajuan tinggi hingga kembang. Asingkan sedikit untuk diwarnakan mengikut warna kegemaran. Sapukan pada kek dan hias ikut citarasa.






No comments:

Post a Comment