Amir menaiki bas ke felda keratong pada 29112010 jam 9.00 mlm....
Perjalanan ke negeri Pahang darul makmur 04/12/2010 - 06/12/2010
Perjalanan ke Felda keratong 1 yg memenatkan memakan masa 10 jam...Bertolak dari jitra (04/12/2010/sabtu) pukul 3.00 ptg dan tiba di felda keratong 1 pukul 1.00 pagi (05/12/2010/ahad)
Berhenti rehat di tiga hentian rehat, hentian sg juru, hentian tapah & hentian seremban...exit toll senawang dan teruskan perjalanan melalui kuala pilah,jemapoh sehingga sampai ke felda keratong 1...
Pagi 05/12/2010/ahad selepas sarapan bertolak ke Felda Jengka 9, perjalanan memakan masa 3 jam...melalui Bera, Temerloh (pekan ikan patin), kuala krau (gunung senyum) seterusnya tiba di felda jengka 9...makan tengahari disitu..
Pukul 3.30 ptg bertolak ke Kuantan melalui highway timur barat...Singah beli akok panas2 kat Temerloh dan naik highway ke kuantan...perjalanan memakan masa 2 1/2 jam...Berhenti kat masjid Sultan Abu Bakar menanti kawan hubby jemput... makan kat tanjung sepat/Balok ( N & N tomyam seafood). Teruskan perjalanan ke Teluk Cempedak... rehat2 kat sana sambil shopping baju utk anak2, cenderahati utk mak,adik n kawan2... Berolak pulang ke Felda Keratong 1 pukul 9.30mlm...tiba di felda 12.30pagi, perjalanan memakan masa 3 jam..tidur keletihan...
Pagi 06/12/2010/isnin selepas sarapan hubby pi basuh kereta...bertolak balik pukul 11.00pagi...perjalanan memakan masa 9 jam...Berhenti di tiga hentian rehat, hentian rehat ulu bendul(N9),Sg Buluh(selangor)dan gunung semanggol(perak)... tiba di jitra 8.00 malam...
Perjalanan kali ni memang memenatkan kerana satu2 tempat yg nak pi memakan masa 3 jam..kiri kanan penuh dengan pokok getah dan kelapa sawit je...
No comments:
Post a Comment