Friday, August 19, 2011

Rich chocolate pudding



RICH CHOC PUDING
(sumber : http://noorsha.blogspot.com)
http://izahdaut.blogspot.com)

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)(optional..tak bubuh pun takpa tapi kena makan ngan sudu)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Monday, August 15, 2011

triffle strawberry cocktail.....




(sumber:periuktanah.blogspot.com)
Lapisan A: Kek coklat lembab/ kek span/ swiss roll sebarang perisa- potong setebal 1 sm dan susun dalam bekas tahan panas/ sejuk (anggaran ukuran 8 inci X 8 inci)

Lapisan B:
1 tin susu cair + 2 sudu besar gula + 2 sudu besar tepung kastard.

Kisar dalam blender dan masak dalam periuk dengan api perlahan hingga ala-ala pekat. Kacau sentiasa agar tidak hangus. Sejukkan sebentar. Tuang dan ratakan di atas lapisan kek tadi.

Lapisan C:

Toskan buah-buahan dalam tin (cocktail). Ambil sedikit sahaja sirapnya. Tabur rata di atas lapisan kastard.

Lapisan D:

Jeli kristal segera atau agar-agar segera perisa strawberry/ rasberi/ mangga atau ikut citarasa.
Sediakan ikut arahan pada label kotak. Ratakan di atas lapisan buah-buahan. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.

*** boleh juga disediakan dalam bekas-bekas kecil supaya senang nak dihidang secara individu. (mangkuk kecil, bekas puding atau gelas berkaki untuk lebih ekslusif)

Friday, August 5, 2011

Masak Tempoyak Ikan.....

(sumber: periuktanah.blogspot.com) 

Bahan-bahan( hidangan untuk 3 orang)
3 ekor ikan kembung (zana guna ikan gelama merah)
2 sudu besar tempoyak
1 sudu besar cili kisar
sedikit daun kesom
5 biji belimbing buluh- boleh ganti dengan timun tua- kupas kulit, buang biji dan hiris setebal 1 sm
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
sedikit halia diketuk
garam, gula secukup rasa
2 cawan air

Cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan garam dan biar mendidih di atas dapur.
2. Masukkan ikan dan garam. biar seketika hingga ikan masak. Tutup api dan sedia dihidang.

Friday, July 29, 2011

tinggal kenangan......

proses cucian terakhir di pagi 28072011 sebelum jadi hak milik orang lain...sayu je rasa hati.. 7 tahun berkhidmat padaku....





akhirnya...yg diidam-idamkan tercapai juga.... dah lama mengidam kereta ni...dapat jua akhirnya...terimakasih sayang....


test drive sampai ke penang...makan kat su ai kenari depan hotel royal...jalan-jalan padang kota...drive balik....

Monday, July 25, 2011

Bergedil Ayam bersalut Oats....


(sumber: http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/)

Bahan-bahannya:
6 biji kentang-potong dan goreng hingga masak kemudian ditumbuk hingga hancur (zana rebus dan lecek)
2/3 cwn bawang goreng.(zana guna bawang besar 1 biji didadu)
2 biji telur.
2 tangkai daun sup.
2 tangkai daun bawang.
2 tangkai daun ketumbar.(zana tak bubuh pun)
1 camca besar rempah beriani. (zana guna rempah cosway)
Garam dan gula secukup rasa.
1 tiub daging ayam cincang(250gm)

1 biji telur-untuk salut.(zana tak guna pun)
Oats secukupnya-untuk salut.(zana guna breadcrumbs)
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

masukkan kentang yg dilenyek, ayam cincang.daun sup daun bawang, rempah cosway, bawang besar,garam n gula 


tambahkan telur 2 biji 
gaul sebati..bentukkan adunan dan golekkan dalam breadcrumbs atau oats..goreng hingga masak


sedia dihidang....selamat menjamu selera...

Wednesday, July 20, 2011

Puding Susu Koktel





Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
 
Cara-Cara:-
 
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Monday, July 18, 2011

kek durian moist......




Bahan2: 
250g mentega/butter
170g gula caster
4 telur
250g isi durian
230g tepung gandum
1/8 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon bicarbonate of soda

1.    Panaskan oven 170C. Sapukan acuan dengan mentega
2.    Pukul mentega dengan gula hingga kembang..Tanmbah telur sebiji -sebiji (beating thoroughly after each addition).
3.     Masukkan isi durian. Masukkan tepung yg diayak dgn baking powder dan soda . Kaup balik hingga sebati
4.    Masukkan adunan kedalam acuan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 45 minit atau sehingga masak...